Posted by Aizen on April 2nd, 2010
Salam semua, saya ada terbaca dalam forum-forum dan beberapa laman akhbar mengenai seorang budak berumur 4 tahun yang menghisap rokok dan bercakap lucah sambil menunjukkan gaya-gaya ranjang. Duk belek-belek, jumpa lah video budak yang bernama Sandi Wedhus ataupun Sandi Macan yang sedang menghisap rokok dan bercakap benda-benda yang tak sepatutnya oleh budak kecil. Video ini dulu hangat ditonton di Youtube. Namun memandangkan ia menunjukkan perilaku yang tidak baik (dakwa Youtube), ia diremoved oleh Youtube. Saya paparkan video ini untuk iktibar dan jangan meniru perilaku yang tidak elok ini.
Posted by Aizen on March 30th, 2010
PPL adalah singkatan kepada Pay Per Lead yang merupakan salah satu pecahan dalam sistem affiliate perniagaan. Dalam sistem ini, komisyen akan diberikan kepada sesiapa yang berjaya mendaftarkan pelanggan bagi sesebuah perniagaan ataupun institusi. Dengan lain perkataan, sesiapa yang daftar program di bawah kita, kita akan dapat komisyen. Itu dari aspek perniagaan dan perusahaan.
Dalam dunia internet marketing, konsep PPL ini merupakan kaedah yang paling mudah untuk kita menjana pendapatan sampingan daripada internet. Selalunya, internet marketers akan mengadakan program PPL ini bagi melancarkan produk baru mereka ataupun membuat edaran produk percuma mereka. Jadi, kita sebagai affiliater akan mendapat komisyen daripada mengedarkan produk percuma itu melalui sistem yang mereka sediakan. Saya bagi sebuah cerita untuk senang faham.
Posted by Aizen on March 30th, 2010
Salam semua,
Sepertimana dijadualkan, Program PPL (Pay Per Lead) Terhebat 2010 telah pun secara rasminya dilancarkan tepat jam 9.30 malam tadi dan 12 ebook percuma akan dihadiahkan kepada 20,000 orang secara percuma. Untuk makluman anda, 12 ebook-ebook percuma ini dikarang oleh internet marketers (IM) yang pakar dalam bidang masing-masing. Isi-isi di dalam ebook ini merangkumi teknik blogging, penulisan artikel yang memukau, teknik-teknik penghasilan ebook, teknik berforum dan banyak lagi. Semuanya di hadiahkan kepada anda secara percuma. Saya tak tipu anda. Memang PERCUMA.
Untuk muat turun percuma, klik gambar kotak di bawah, atau iklan kat atas kanan blog ini.
Posted by Aizen on March 27th, 2010
Salam semua,
Saya baru pulang dari menghadiri Kursus Gen 2 HPA yang diadakan di Pejabat Pentadbiran HPA Borneo di Kota Sentosa, Kuching. Balik dari kursus, terus datang kampus dan tulis post ini sebab saya tidak sabar-sabar lagi nak berkongsi dapatan kursus ini buat anda semua.
Kursus ini dianjurkan oleh Kelab Pemimpin HPA Sarawak dan dua orang PJS (Pengarah Jati Setia) telah dijemput khas dari semenanjung untuk menjadi motivator kursus kali ini iaitu PJS Khalid Bin Iskri dan PJS Azizan Bin Ahmad. Kedua-dua insan ini telah bersama HPA masing-masing 12 dan 7 tahun, iaitu pada mula-mula penubuhan HPA dan setelah mengalami pahit jerih, kini mereka memperolehi pendapatan bulanan kira-kira RM40,000 sebulan.
Posted by Aizen on March 26th, 2010
Assalamualaikum WBT.
Saya ada berita baik kepada anda semua, terutama kepada sesiapa yang belum merasa dapat duit dari internet dan ingin merasa betapa hebatnya buat duit internet. Saya telah bekerjasama dengan lebih dari 20 orang IM (internet marketers) untuk menganjurkan sebuah program PPL (Pay Per Lead) untuk anda iaitu Kesedaran Usahawan Internet (IM). Program ini akan dilancarkan secara rasmi dan besar-besaran pada:
Tarikh: 29 Mac 2010 (Isnin)
Masa: 9.30 malam
Daripada program ini, anda boleh buat duit internet. Mengapa saya kata begitu? Dengan menyertai program ini, anda akan mendapat lebih 10 buah produk digital percuma yang mengandungi segala rahsia hebat IM-IM Malaysia yang akan diberikan kepada anda secara PERCUMA sahaja. Ya, SECARA PERCUMA. DAN..Anda boleh dapat hadiah lagi. Wow! Dapat lebih dari 10 produk digital percuma. Dapat hadiah lagi. Memang boleh buat duit ni.
Posted by Aizen on March 23rd, 2010
Salam semua.
Pada minggu lepas, saya telah meyertai bidaan di lelong untuk sebuah beg laptop dan akhirnya saya menang backpack jenama Deuter Giga. Mulanya saya ada masuk bidaan untuk sebuah backpack jenama Camel Mountain. Malangnya saya kalah pada saat-saat akhir. Lepas tu saya masuk bidaan lagi. Kali ni jenama Deuter Giga, dan saya menang. Hari ni jugaklah saya sanggup tak turun kampus semata-mata nak tunggu backpack ni sampai. Nak tahu macam mana saya menang? Saya ada rahsia nak bagitau anda.
Posted by Aizen on March 22nd, 2010
Assalamualaikum WBT kawan-kawan.
Alhamdulillah, setelah lebih kurang seminggu bersengkang mata dan memerah otak, akhirnya saya berjaya menyiapkan sebuah ebook percuma untuk anda semua. Ebook sulung saya ini berjudul “Blog Bermagnet” yang mana menerangkan secara ringkas bagaimana meningkatkan jumlah trafik ke blog ataupun laman web anda melalui penulisan ataupun entri. Sebenarnya penulisan atau entri dalam sesebuah blog merupakan faktor asas yang penting dalam menentukan blog kita bakal dikunjungi ataupun diabaikan oleh para pembaca. Dengan teknik penulisan yang betul, anda mampu menarik perhatian pelawat untuk mengunjungi blog anda, secara tidak langung, ia merupakan landasan terbaik untuk anda jana wang dari internet.